Sunday 21 December 2014

GEMPITA - Malaysian Army Newest IFV

Sejumlah 257 kereta perisai AV-8 (12 varian termasuk AFV-30 dan ATGW Ingwe - link) telah di tempah untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia. Projek bernilai RM 7.3 billion itu memberikan manfaat kepada lebih 100 syarikat vendor dari Malaysia. Kos ini juga termasuk pembangunan rekabentuk, bantuan lojistik dan pelbagai pelaburan lain termasuklah pembesaran kilang Deftech di Pekan, Pahang. Keseluruhan projek ini dianggarkan siap dalam masa 6 tahun (2018).

Kenderaan AV-8 ini adalah hasil kerjasama dengan syarikat FNSS, Turkey dan Deftech, dimana Deftech diberikan kebenaran memasang dan juga memasarkannya dalam rantau Asean. Pada asalnya, kenderaan ini dikenali sebagai PARS (Harimau Bintang Anatolia) oleh FNSS tetapi dinamakan GEMPITA pada majlis penyerahan 12 unit batch pertama varian IFV kepada Tentera Darat Malaysia pada 6 Disember 2014 di fasiliti Deftech, Pekan, Pahang. Kenderaan AV-8 ini mampu menangkis peluru perobek armor (AP rounds) 7.62mm dan 14.5mm dan mempunyai kemampuan setanding dengan kereta perisai Stryker yang digunakan oleh Tentera Amerika.












1 comment: