Monday, 10 November 2014

Bekor Tragedy 5 March 1946 - 105 massacred by MPAJA

Berikut adalah ringkasan artikel yang disiarkan oleh majalah Perajurit keluaran bulan Mac 2001.

Kampung Bekor adalah sebuah penempatan Melayu di tepi Sungai Perak dengan penduduk seramai 400 orang. Pusat penempatan adalah dua deretan rumah kedai di jalan utama yang diduduki oleh peniaga-peniaga bangsa Cina yang dikelilingi oleh perkampungan Melayu. Pengangkutan utama adalah menggunakan perahu, memandangkan tiada jalan darat yang menghubungi Bekor dengan pekan-pekan utama lain seperti Parit dan Kuala Kangsar. Jalan darat yang ada hanyalah lorong pejalan kaki yang hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki atau berbasikal.

MPAJA juga dikenali sebagai Bintang Tiga


Semasa era pendudukan tentera Jepun di Malaya (link disini), Bekor merupakan tempat penduduk Malaya berbangsa Cina lari menyelamatkan diri dari kekejaman tentera Jepun. Ini adalah kerana kawasannya yang terpencil dan mungkin tidak mempunyai apa-apa kepentingan strategik kepada pihak Jepun. Pihak Koumintang dan Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA) turut menjadikan Bekor sebagai tempat persembunyian dan operasi. Bekor mempunyai laluan selamat ke Sungai Siput yang ketika itu merupakan kawasan utama MPAJA.

Bendera MPAJA

MPAJA berjaya mempengaruhi sebahagian besar penduduk Bekor untuk menyokong perjuangan mereka, manakala kehadiran Koumintang pula tidak begitu disenangi kerana mereka cuba mengenakan cukai terhadap tanaman seperti padi huma yang ditanam oleh penduduk-penduduk di Bekor. Pemuda-pemuda Bekor yang patriotik mendapatkan lathan dengan MPAJA kerana ianya satu pasukan gerila yang mendapat bantuan persenjataan dari British. Pemuda-pemuda ini dihantar ke Sungai Siput untuk mendapat latihan lanjutan. Bagaimanapun tidak semua bersetuju dengan ideologi komunis yang dibawa oleh MPAJA. Berikutan perbezaan pendapat dan pertentangan, ramai yang meninggalkan perjuangan.


Apabila tentera Jepun menyerah diri secara mengejut pada 15 Ogos 1945, pasukan tentera British yang pertama tiba di Malaya pada 3 September 1945. Hanya pada 12 September 1945, British Military Administration (BMA) ditubuhkan di Kuala Lumpur. Bermula tarikh itu, BMA telah diberi mandat untuk memerintah Malaya. MPAJA bagaimanapun enggan menyerahkan senjata walaupun pasukan mereka seramai 6,800 anggota telah dibubarkan dengan rasmi oleh BMA. Di anggarkan 4,000 anggota MPAJA yang terlatih dikekalkan dan sebahagian besar senjata disorokkan oleh mereka.

Kedudukan Bekor dan daerah Kuala Kangsar (kredit Perajurit)

Sepanjang kekosongan kuasa (15 Ogos 1945 hingga 3 September 1945), MPAJA telah keluar dari persembunyian dihutan-hutan dan mendirikan pentadbiran dikawasan yang mereka kuasai. Pihak MPAJA yang mempunyai pengaruh yang kuat di Bekor telah menjadikan Bekor sebagai pusat pentadbiran untuk daerah Kuala Kangsar. MPAJA telah menjadikan sebuah sekolah di Bekor sebagai pejabat mereka, dan disinilah arahan-arahan dikeluarkan untuk memburu musuh-musuh mereka yang dahulunya penyokong kepada pemerintahan tentera Jepun. Unit-unit pemburu MPAJA ini juga terdiri dari anggota-anggota berbangsa Melayu selain majoritinya Cina. Sekolah tersebut juga dijadikan markas operasi untuk menyoal siasat, menyeksa dan membunuh individu yang bersimpati dengan Jepun.

Apabila tentera British telah kembali menduduki Malaya, MPAJA diberi kata dua supaya berundur dari kawasan-kawasan yang telah mereka kuasai. Dengan ini, MPAJA telah memindahkan markas mereka dari Bekor ke tempat baru berhampiran Sungai Siput. Penduduk-penduduk Cina juga telah berpindah dari Bekor kerana khuatir akan tindakbalas British jika berlaku permusuhan antara kedua pihak dan sebahagian besar dari mereka telah berpindah ke Manong. Berlainan pula dengan penduduk Melayu yang pernah menyertai MPAJA, mereka kini berada didalam dilemma kerana tujuan utama menyertai MPAJA adalah kerana hendak membebaskan diri dari penindasan Jepun. Dengan kembalinya keamanan, perjuangan MPAJA dilihat seperti sudah tidak relevan, mentelah lagi mereka tidak boleh menerima ideologi komunisme yang diperjuangkan oleh MPAJA. Mungkin kerana faktor ini, penduduk Bekor dianggap sebagai satu ancaman kepada MPAJA kerana mereka tahu bagaimana cara MPAJA beroperasi, termasuk juga jalan-jalan rahsia dan lokasi kem-kem rahsia MPAJA. Keadaan ini telah menimbulkan suasana tegang antara MPAJA dan orang Melayu, Menurut salah seorang penduduk yang telah terselamat melalui peristiwa tersebut, beliau masih ingat seorang kawan bapanya yang berbangsa Cina telah beberapa kali datang ke rumahnya dan meminta mereka berpindah kerana keselamatan mereka tidak lagi terjamin jika mereka terus tinggal di Bekor.

Sungai Perak

Pada 5 Mac 1946, tepat jam 5:30 pagi gerombolan yang disyaki MPAJA, orang-orang Cina dan juga beberapa orang Melayu (dianggarkan mencecah 1,000 orang) telah mara ke Bekor dari kawasan-kawasan bukit tempat mereka bermalam sebelumnya. Jambatan yang menghubungi Bekor dan Mandah telah dipasang dengan jerangkap samar bagi menghalang bantuan orang-orang Melayu tiba dari Mandah. Pasukan penyerang telah dibahagikan kepada dua kumpulan, dimana kumpulan pertama bertanggungjawab membakar rumah-rumah, dan apabila penghuninya keluar, pasukan kedua akan membunuh mereka. Tiada senjata api digunakan, kesemua mereka bersenjatakan tombak, pedang atau parang mungkin kerana hendak mengelakkan bunyi letupan senjata yang boleh didengar jelas pada waktu subuh.

Dalam kegelapan subuh, terkejut dan suasana kelam kabut, ramai penduduk telah dapat dibunuh, namun ada juga yang sempat melawan dengan bersenjatakan pedang dan parang. Penduduk Bekor tidak mudah menyerah kalah, mereka melawan bermati-matian dan pertempuran berlanjutan sehingga matahari meninggi. Antara pertempuran sengit adalah di perkarangan rumah Uda Mashyur, dimana ia dipertahankan oleh 7 lelaki sehinggalah mereka semua terbunuh. Ketua kampung, Tuan Haji Muhammad Ali mendapat cedera ditangan setelah berjaya membunuh beberapa penyerang. Bagi wanita dan kanak-kanak yang terselamat, mereka telah terjun kesungai dan berlindung dengan kegelapan untuk menyelamatkan diri. Akhirnya pada kira-kira jam 11 pagi, gerombolan yang menyerang telah mula berundur membawa bersama kesemua mayat kawan-kawan mereka yang terbunuh.

Rumah-rumah di Bekor yang masih ada kesan dibakar (foto: Perajurit)


Mereka yang gugur dikebumikan ditapak mereka tewas (foto: Perajurit)



Hanya pada waktu tengahari barulah penduduk kawasan berdekatan memasuki Bekor. Mereka yang terkorban dikebumikan di tempat mereka dibunuh, tanpa kapan dan dianggap syahid. Kebanyakan yang tewas berjuang dalam kumpulan dikuburkan bersama. Keesokkannya pasukan tentera Gurkha tiba tetapi anggota pasukan gerombolan yang menyerang telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. Kesemua penduduk Bekor dibawa ke Balai Polis Manong dan ditempatkan selama sebulan disana sebagai pelarian. Mungkin kerana hubungan yang baik antara orang-orang Cina dan penduduk Melayu di Bekor, selepas kejadian itu maklumat rahsia mengenai serangan telah dibocorkan. Menurut beberapa keluarga Cina, setiap keluarga dikerah untuk menghantar wakil menyertai serangan tersebut dan jika enggan, wang sebanyak 25 Ringgit hendaklah dijadikan penebus diri. Pada tahun 1946, tambah lagi selepas perang tidak banyak keluarga yang mampu mengadakan 25 Ringgit. Apa pun, motifnya bukanlah perkauman kerana terdapat para penyerang yang terdiri dari orang Melayu juga, serta amaran-amaran awal yang diberikan oleh orang-orang Cina kepada kawan-kawan mereka yang berbangsa Melayu menunjukkan keakraban hubungan antara kaum di Bekor ketika itu.

Tragedi Bekor adalah peristiwa hitam di dalam episod sejarah negara yang mungkin masih ramai tidak tahu. Kubur-kubur mereka yang terbunuh manjadi bukti kepada peristiwa tersebut. Usaha majalah Perajurit menyiarkan artikel berkenaan peristiwa ini wajarlah diberikan pujian supaya dapat dibaca dan diingati oleh generasi kini. Hanya setelah 13 tahun artikel ini dikeluarkan, saya ringkaskan dan tulis semula untuk tatapan anda semua untuk kita jadikan peringatan akan perjuangan dan pengorbanan orang-orang terdahulu.


25 comments:

  1. Assalamualaikum..syabas, usaha yang bagus untuk tatapan semua, saya ingin berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  2. Wassalam...silakan tuan. Boleh rujuk artikel asal di majalah Perajurit. Kredit untuk Perajurit.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan..Pertama kali baca sejarah Tragedi Bekor..sebelum ni dengar cerita dari org tua2 sahaja dengan pelabagai versi. Terima kasih Perajurit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...terima kasih kerana membaca

      Delete
  4. Teman ke Bekor pada 26 Dis 2015 yang lepaih. Arwah Tok belah apak memang orang Bekor, ada la tinggei siket sedare mare kat sane lagi. Arwah tok teman, Abdul Munai terlibat dalam perang tu dan meninggei juge kat Bekor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-fatihah untuk mereka. Kalau saudara ada cerita yg hendak dikongsikan disini saya alu-alukan

      Delete
  5. boleh saya tahu lebih lanjut psal sejarah bekor ini?? kebetulan sy ad keje khusus dimana saya diminta untuk mengkaji sejarah sesebuah tempat dan saya memilih kg bekor utk dikaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tiada maklumat lanjut selain artikel diatas yang saya ringkaskan dari artikel sebenar majalah Perajurit yang keluar suatu masa dahulu. mungkin anda boleh share link artikel dimana-mana media sosial dan tanya jika ada sesiapa yang boleh bantu

      Delete
    2. As Salam Tuan... Teman adalah cucu kepada salah seorang wira Kpg Bekor yang terkorban dlm tragedi 5 Mac 1946. Adakah dalam simpanan tuan senarai 105 wira Kpg Bekor yg terkorban... jika ada boleh kongsikan tak... tk

      Delete
    3. Wassalam tuan....sy tiada maklumat lanjut tapi amat berminat untuk ke Kg. Bekor. Boleh tuan bantu?

      Delete
    4. rahsia bekor banyak terkubur... dan semua cerita berlaku tidak diceritakan sepenuhnya... datang lah kesana... moga dapat pencerahan... bekas murid sekolah bekor

      Delete
    5. rahsia bekor banyak terkubur... dan semua cerita berlaku tidak diceritakan sepenuhnya... datang lah kesana... moga dapat pencerahan... bekas murid sekolah bekor

      Delete
    6. rahsia bekor banyak terkubur... dan semua cerita berlaku tidak diceritakan sepenuhnya... datang lah kesana... moga dapat pencerahan... bekas murid sekolah bekor

      Delete
  6. Maaf, teman pun dah berhijrah dari Kpg Bekor sejak 1972 ke Ibu Kota atas desakan hidup... ada juga sesekali balik ke Kpg Bekor melawat sedara mara yg masih ada... masalagnya generasi yang terlibat secara langsung dgn tragedi ni hampir semua sudah kembali kerahmatullah... sumber untuk rujukan hampir tiada sekarang... yg tinggal cuma cucu cicit yg hanya dengar cerita tragedi ini dari mulut ke mulut melalui nenek moyang mereka sahaja. Dikhuatiri fakta yg bakal diperolehi tidak tepat.. Wassalam

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, saya mengetahui serba sedikit mengapa Kampung Bekor diserang ketika itu. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau Whatsapp di nombor, 0195736519

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.....terima kasih saudara. Akan saya hubungi dalam masa terdekat. InsyaAllah.

      Delete
  8. Syabas Rafe de Malayo. Klu boleh ungkapkan lagi sejarah di Perak seperti, Pulau Semat, Kampong Semat asal namanya, Pekan Manong dan juga sejarah kolam air Panas di Kampong Ara.

    ReplyDelete
  9. As salam artikal bekok masscare best tapi kenapa tak tulis pasal Selempang merah di batu pahat. contiune leh

    ReplyDelete
  10. As Salam Saya mencari keluarga puan rokiah binti haji Mohd nor barola

    ReplyDelete
  11. Isteri imam haji Mohd noor barola ialah che wan mariamah asal orang pahang yg katanya tinggal do kampung bekor kuala kangsar

    ReplyDelete
  12. kg bekor tu kampung saya, saya cucu kepada salah seorang penduduk kampung bekor, gambar kubur tu pulak kalau sye tk silap itu kubur yg ada depan rumah nenek saya, terima kasih sebab publish artikel pasal kampung bekor ni :)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...mmg menyayat hati dengar kisah perang bekor ni...arwah datuk saya terselamat kerana rakan cina yg akrab telah menasihati arwah supaya berpindah dari bekor kerana akan ada pergaduhan besar....mohon ada yang tampil membuka sejarah ini utk pengetahuan generasi akan datang..

    ReplyDelete
  14. Atuk teman penghulu kampung di bekor dulu. Haji hashim bin maarof. Antara orang terawal gunakan bot utk ke pekan manong.

    ReplyDelete
  15. Arwah ayah sya org Pulau Semat.. Kisah Perang Bekor ada diceritakan kpd sya..Smoga menjadi rahsia dn panduan, kpd anak bangsa di masa depan..

    ReplyDelete