Monday 22 September 2014

Royal Malaysian Navy - History and RMN Museum at Malacca / Tentera Laut Diraja Malaysia

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertanggungjawab mengawas dan mempertahankan perairan negara seluas 603,210 km persegi, iaitu hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia. Selain melindungi kawasan perairan di Laut Cina Selatan yang kaya dengan minyak, gas dan hasil-hasil laut ia juga bertanggungjawab melindungi kawasan tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly. Selat Melaka pula dari segi ekonomi dan strategik, merupakan antara laluan perkapalan terutama dunia, sama pentingnya seperti Terusan Panama dan Terusan Suez. Kira-kira 50,000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka setiap tahun. Hampir 1/5 perdagangan dunia melalui Selat Melaka, justeru itu ia sangat penting kepada kestabilan ekonomi dunia, terutama sekali kepada USA, Jepun, China dan kalangan negara-negara ASEAN lainnya.






Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) telah ditubuhkan oleh kerajaan kerajaan kolonial British pada 27 April 1934 di Singapura dengan sebuah cawangan di Pulau Pinang. Ketika Perang Dunia Ke-2, pasukan ini telah dikerah untuk perkhidmatan aktif sebagai unit dalam Royal Navy Malay Section atau juga dikenali sebagai Royal Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang, dan kemudiannya meningkat kepada 1450 dikemuncak perang tersebut. Mereka terlibat bersama Royal Navy beroperasi di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Apabila perang tamat pada 1945, hanya kira-kira 600 anggota sahaja yang melaporkan diri semula. Pasukan ini kemudiannya dibubarkan pada tahun 1947 kerana kemelesetan ekonomi dunia.

Pada 24 Disember 1948, Darurat (Malayan Emergency) diisytiharkan hasil kepada pemberontakan bersenjata pengganas komunis. Bagi menghalang pihak komunis mendapatkan bekalan dari jalan laut, Malayan Naval Forces (MNF) ditubuhkan pada 4 Mac 1949. Pada bulan Ogos 1952, Queen Elizabeth II telah mengurniakan gelaran "Diraja (Royal)" kepada MNF, dan bermula pada tarikh itu MNF dikenali sebagai Royal Malayan Navy. Pada 16 September 1963 dengan terbentuknya negara Malaysia, pasukan ini dinamakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM - Royal Malaysian Navy). Laksamana Muda (Rear Admiral) Datuk K. Thanabalasingam melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia yang pertama dilantik sebagai Panglima TLDM. Pada masa itu beliau berusia 31 tahun.




HMS Test K239 (friget kelas River) yang digunakan sebagai kapal latihan oleh MNF

HMS Loch Insh F433 (friget kelas Loch) diserahkan oleh Royal Navy kepada TLDM pada 1964. Friget ini kemudiannya dinamakan KD Hang Tuah (KD - Kapal Diraja / His Majesty's Ship)

HMS Mermaid F76 (Type 41/Type 61) mula digunakan oleh TLDM bagi menggantikan KD Hang Tuah F433 pada April 1977. Kapal ini juga dinamakan KD Hang Tuah, tetapi mengekalkan nombor pennant F76

KD Rahmat F24 kapal pertama TLDM yang mempunyai misil (Seacat). Menyertai TLDM pada 1972

KD Perdana 3501 bot penyerang laju - misil (FAC-M kelas Combattantte II) mula menyertai TLDM pada 1972. Dikenali sebagai kelas Perdana sebanyak 4 buah dibeli dari Perancis. Bot-bot ini dilengkapi misil MM 38 Exocet.

KD Jebat F29 dan KD Lekiu F30, friget termoden dari kelas Lekiu dalam pegangan TLDM kini.

TLDM mula mengoperasikan 2 buah kapal selam kelas Scorpene pada 2009 - KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak

6 buah Littoral Combat Ship seberat 3,100 tan  (LCS - kelas Gowind) telah ditempah dan kapal pertama dijangka siap pada 2017-2018

Unit udara TLDM mengoperasikan helikopter Super Lynx 300 dan Fennec AS 555SN


Anggota TLDM masa kini

PASKAL - pasukan komando TLDM


Muzium 2 tingkat ini terletak di sebelah Muzium Samudera. Tiket masuk adalah RM 3.00 untuk dewasa boleh dibeli dikaunter jualan tiket Muzium Samudera.

Foto-foto lawatan ke Muzium TLDM, Melaka (September 2014)















KD Seri Terengganu P3143 buatan Vosper Limited, Portsmouth, England ini ditauliahkan pada 16 Disember 1963 telah berkhidmat selama 31 tahun dan belayar sejauh 68,926 batu nautika dibawah pimpinan 24 pegawai memerintah. 

Cerita dari blog Utoh Paloi berkenaan bot-bot ronda TLDM













Rujukan:

http://www.navy.mil.my/

http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Navy

http://en.wikipedia.org/wiki/Second_Generation_Patrol_Vessel

No comments:

Post a Comment