Monday, 8 September 2014

History of Station Lima at Swallow Reef (Terumbu Layang-Layang)

Pulau Layang-Layang terletak 162 batu nautika (300 km) dari barat laut Kota Kinabalu, Sabah. Ia juga terletak didalam lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif yang dibenarkan menurut Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pemandangan dasar laut yang mengkagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau ini juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah.






Pada 1989 kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini dimajukan sebagai tempat perlancongan. Resort Avillion Layang-Layang (Dive Resort) menarik ramai kehadiran pelancong asing dari Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China. Penerbangan mengambil masa sejam dari Kota Kinabalu.

Pulau layang-layang



Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan keatas gugusan Pulau Spratly yang juga menjadi rebutan beberapa negara seperti China, Vietnam, Filipina dan Brunei kerana dipercayai kaya dengan hasil semulajadi seperti fosforus, gas asli, petroleum dan pelbagai hasil marin lainnya. Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu ini terletak didalam zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979. Tugu pertama Terumbu Layang-Layang atau Stesyen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980. 




Tentera Laut Vietnam sedang meronda




Kedudukan tentera China di salah satu gugusan pulau yang menjadi rebutan

Tentera China menduduki pulau yang dituntut oleh Filipina

Subi Reef yang diduduki oleh tentera China

Taiwan juga menuntut Pulau Taiping jauh disebelah utara


Seramai 18 anggota komando Pasukan Khas Laut (PASKAL) ditempatkan disitu sebagai permulaan. Empat lagi terumbu dikawal oleh TLDM menempatkan trup komando PASKAL dikenali sebagai Stesen Luar Pantai dibawah pemerintahan Markas Wilayah Laut 2 (Mawila 2).:
  • Terumbu Ubi (Stesen Uniform) - April 1986
  • Terumbu Mantanami (Stesen Mike) - November 1986
  • Terumbu Siput (Stesen Sierra) - April 1999
  • Terumbu Peninjau (Stesen Papa) - April 1999

Foto-foto dibawah memaparkan sejarah pembinaan penempatan TLDM di Terumbu Layang-Layang. Kesemua gambar kredit kepada pemilik asal.


utusan.com.my

xnuripilot.blogspot.com

Semasa ini tiada lagi infrastruktur didirikan di terumbu tersebut

xnuripilot.blogspot.com

Penempatan awal Pasukan Khas Laut TLDM di Pulau Layang-Layang (Sumber Gambar: navythebest.blogspot.com)
navythebest.blogspot.com


xnuripilot.blogspot.com


tsaifuzie.blogspot.com


Lawatan Panglima ATM pada 1983



Terumbu Semarang Barat Kecil


Hasil penambakan 70,000 meter padu pasir dan konkrit membentuk kawasan daratan meliputi kawasan seluas 2.5 kilometer persegi. Pulau ini juga mempunyai landasan kapalterbang sepanjang 1,367 meter yang mampu menerima pesawat CN-235 dan C-130 Hercules selepas naik taraf siap pada 20 Julai 2003. Bekalan air bersih sebanyak 57 tan sehari diperolehi dari sistem pemprosesan air suling.

navythebest.blogspot.com

navythebest.blogspot.com

tsaifuzie.blogspot.com



Terumbu Layang-Layang sekarang




Rujukan lanjut:

Saya sarankan para pembaca merujuk kepada cerita asal dari Blog: xnuripilot.blogspot.com. banyak maklumat dan gambar-ganbar menarik untuk kita selami susah payah anggota tentera kita dahulu semasa membangunkan terumbu ini.

http://xnuripilot.blogspot.com/2010/07/ops-terumbu-limathe-birth-of.html

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=301977

http://m.utusan.com.my/Polis_%26_Tentera/20130417/te_01/Kepentingan-Pulau-Layang-Layang

http://pertahananpertiwi-css.blogspot.com/2014/01/tldm-perlu-memperkasa-kuasa-tembakan.html


1 comment: