Thursday 14 August 2014

Royal Malaysian Police Museum, Kuala Lumpur / Muzium Polis Di Raja Malaysia

Muzium Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Ia mempamerkan koleksi lebih 2,000 artifak dan maklumat bersejarah berkenaan PDRM dari zaman Kesultanan Melaka sehingga kini.

Galeri muzium ini terbahagi kepada 3, iaitu galeri A, B dan C yang mana memaparkan koleksi-koleksi berikut:
- fungsi kepolisan bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan Portugis, Belanda, British, pendudukan Jepun sehinggalah merdeka.
- sejarah evolusi pakaian seragam PDRM
- koleksi senjata-senjata yg digunakan oleh PDRM dan juga yg dirampas dari kongsi-kongsi gelap dan senjata-senjata yang pernah digunakan oleh gerila-gerila komunis
- koleksi anugerah dan pingat-pingat yang telah diterima oleh anggota-anggota PDRM
- perjuangan PDRM dan rakyat semasa Era Darurat menentang pemberontakan bersenjata komunis
- terdapat 2 mini theater yang menayangkan dokumentari dalam bahasa Melayu dan Inggeris

Terdapat juga pameran di sekitar bahagian luar muzium seperti meriam-meriam lama, kereta perisai dan pesawat terbang yg pernah digunakan oleh PDRM. Kesimpulannya saya mengucapkan tahniah kepada PDRM dan khususnya kepada kurator serta staf-staf muzium ini yang berjaya mempamerkan bahan-bahan dan artifak yang amat berharga nilainya dengan susun atur yang kemas, harmoni serta amat menarik sekali. Saya syorkan para pembaca membawa keluarga terutama anak-anak untuk melawat muzium ini bagi mengenali sejarah negara dan juga PDRM dengan lebih dekat.


Jalan masuk utama bertentangan dengan Planetarium.


 Pandangan hadapan bangunan muzium.
 Kaunter informasi terdapat staf yang sedia membantu.
Ruangan pameran sejarah kepolisan di Tanah Melayu

Ruangan perkembangan uniform pasukan polis

Pesawat Cessna yang pernah digunakan oleh Unit Udara PDRM

Meriam semasa Perang Dunia Ke-2

Kereta perisai yang pernah dioperasikan oleh PDRM

Bot peronda Polis Marin

Monumen mengenang anggota-abggota polis yang telah gugur dalam mempertahankan negara.

Terdapat juga kereta perisai Ford Lynx dan AT-105 Saxon dibahagian luar muzium, manakala kereta Ferret dipamerkan didalam Galeri bertemakan Era Darurat.

No comments:

Post a Comment