Tuesday 19 August 2014

Malaysian Royal Armoured Corps / Kor Armor Diraja

Kor Armor DiRaja

Gen. Sir Gerald Templar bertanggungjawab membentuk 2 unit tentera baru yang keanggotaannya berbilang kaum semasa era Darurat di Malaya, Pada 1 September 1952, Batalion Pertama Federation Regiment telah ditubuhkan, merupakan sebuah batalion infantri, manakala unit kereta perisai yang pertama,  Federation Armoured Car Regiment juga ditubuhkan dengan konsep yang serupa iaitu keanggotaannya berbilang kaum dan juga pada tarikh yg sama.

Kerana kesulitan untuk mendapatkan anggota bukan Melayu, maka pada 1 Januari 1960, kedua-dua unit ini telah digabungkan untuk membentuk formasi yang baru iaitu Federation Reconnaisance Corps yang mengandungi 1st Regiment Federation Reconnaissance Corps (1 Recce / 1 Peninjau) and 2nd Regiment Federation Reconnaissance Corps (2 Recce / 2 Peninjau).


Berkhidmat di Congo

1 Recce dan 2 Recce telah berkhidmat dengan cemerlang di Congo dalam misi pengaman United Nations (UN) sebagai Malaysian Special Force (UNOC) bersama-sama batalion dari Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD).

- Kontijen Pertama 4 RAMD dan C Squadron 2 Recce berada di Congo dari Oktober 1960-Julai 1961,
- Kontijen kedua 6 RAMD dan B Squadron 1 Recce berada di Congo dari Julai 1961-April 1962.
- Kontinjen ketiga 7 RAMD dan 1 Recce berada di Congo Februari 1962-Disember 1962
- manakala Kontinjen keempat 2 RAMD dan C Squadron 2 Recce berada di Congo dari Jun 1962-April 1963.

Selepas itu kontinjen pengaman ini terpaksa dipanggil pulang berikutan pengisytiharan Konfrontasi oleh Indonesia atas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Tiga orang pegawai yang mendapat penghormatan kerana khidmat mereka yang cemerlang semasa berkhidmat di Congo telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani ialah Captain Maurice S.C., Lam (5 Jun 1963), Lt Muda Neville Siebel (5 Jun 1963) dan Leftenan Lee Ah Pow (3 Januari 1964).





Perkembangan

- 23 Mac 1963 - dikurniakan Panji-panji Diraja atas kecemerlangan berkhidmat di Congo
- dinamakan sebagai Malaysian Reconnaissance Regiment
- 22 Sep 1979 - dinamakan Kor Kavalri DiRaja
- 1986 - dikenali sebagai Kor Armor DiRaja

Berkhidmat di Bosnia

- 3 Rejimen Armor sebagai Malbatt I (UNPROFOR) - 1993
- 2 Rejimen Armor sebagai Malbatt II - 1994 hingga 1995
- 4 Rejimen Armor sebagai Malbatt IV & MALCON I - IFOR
- 2 Rejimen Armor - IFOR - 1997 hingga 1998

Kini Kor Armor Diraja (KAD) berkekuatan 5 Rejimen dan 1 Batalion Istiadat. Inventori bagi KAD adalah seperti berikut:

48 x PT91M Pendekar MBT (Kereta Kebal Utama)
15 x PT91M varian sokongan
26 x FV101 Alvis Scorpion 90 (Kereta Kebal Ringan)
184 x Sibmas 90 AFSV
460 x Radpanzer Condor APC
80 x Bv206
103 x K200 KIFV
211 x ACV300 Adnan


Kereta kebal ringan Scorpion

PT-91M Pendekar MBT

Condor

ACV 300 Adnan 

Pasukan Istiadat


Kereta perisai Daimler yang pernah digunakan oleh KAD

Panhard M3 VTT APC yang telah ditamatkan perkhidmatan


Sebahagian foto dan rujukan:












No comments:

Post a Comment